International Greentech & Eco Products Exhibition
15 Oktober 2025 KLCC




Jabatan Biokeselamatan telah dijemput mengadakan pameran di Pavilion Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bagi Program International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM) 2025 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 15-17 Oktober 2025. Pada hari pameran, Puan Nor Farah Dina binti Paddy , Pegawai Sains di Seksyen Penguatkuasaan dan Pemantauan telah mengadakan sesi Pocket Talk yang bertajuk GMO & WHAT SHOULD WE KNOW?