Majlis Makan Malam Apresiasi Warga JBK Tahun 2025
2 Disember 2025 MELAKA




Jabatan Biokeselamatan (JBK) telah menganjurkan Majlis Makan Malam Apresiasi Warga JBK Tahun 2025 sebagai tanda penghargaan kepada seluruh warga jabatan atas komitmen, dedikasi dan pencapaian yang telah diraih sepanjang tahun. Penganjuran majlis ini bertujuan meraikan sumbangan dan usaha berterusan warga JBK dalam menjayakan agenda serta tanggungjawab jabatan.
Majlis ini turut menjadi platform untuk mengukuhkan semangat kebersamaan, menghargai peranan setiap warga, dan mempererat hubungan antara semua bahagian dan unit di bawah JBK.