Mesyuarat Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK) Bil. 3 Tahun 2025
25 November 2025 PUTRAJAYA
Mesyuarat Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK) Bil. 3 Tahun 2025 telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr. Ching Thoo a/l Kim, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 10, Blok F11, Kompleks F.
Mesyuarat pada kali ini membincangkan 21 kertas pertimbangan melibatkan 2 kertas pertimbangan khas, 2 kertas permohonan kelulusan dan 17 kertas permohonan pemberitahuan.
Turut hadir ialah YBrs. Dr. Lornie Enggong (Ketua Pengarah Biokeselamatan) merangkap Setiausaha Lembaga, dua (2) Ahli Pakar daripada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Jabatan Pertanian, empat (4) Ahli LBK iaitu daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri(MITI), Kementerian Perladangan dan Komoditi(KPK), Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Genetik (GMAC), dua (2) pegawai daripada Pejabat Penasihat Undang-undang NRES, BPAS serta urus setia JBK.