Sesi Libat Urus Cadangan Awal Pengukuhan Perjawatan Jabatan Biokeselamatan (JBK) bersama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Sumber Asli & Kelestarian Alam (NRES) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
3 Mei 2025 Langkawi, Kedah






Jabatan Biokeselamatan (JBK), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah menganjurkan Sesi Libat Urus Cadangan Awal Pengukuhan Perjawatan Jawatan bersama Bahagian Pengurusan Sumber Manusi (BPSM), NRES dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Bilik Ruby, Hotel Bayview, Kuah, Langkawi, Kedah pada 3 hingga 5 Mei 2025.
Program ini bertujuan mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada pihak BPSM, NRES dan JPA berhubung cadangan pengukuhan struktur organisasi dan penstrukturan semula perjawatan Jabatan Biokeselamatan.
Turut hadir, YBrs. Tuan Lornie Enggong, Ketua Pengarah Biokeselamatan, YBrs. Puan Norazian binti Kamaruddin, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), NRES, Encik Muhammad bin Abdullah, Penolong Setiausaha, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), NRES, semua Pengarah Seksyen serta pegawai JBK.