UK-MALAYSIA PRECISION BREEDING FORUM 2026
9 Mac 2026 KUALA LUMPUR








W.P Kuala Lumpur, 9 Mac 2026 – British High Commission Kuala Lumpur (BHC) bersama Jabatan Biokeselamatan (JBK) telah menganjurkan UK-Malaysia Precision Breeding Forum 2026 bertempat di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur pada 9 Mac 2026. Forum ini diadakan sebagai platform yang menggabungkan perspektif UK dan Malaysia dalam mentadbir urus LMO, menghubungkan pakar serta pengawal selia dari UK dan Malaysia yang berminat dalam teknologi dan produk yang diedit genom. Forum ini juga menjadi platform untuk agensi tempatan membentangkan kajian kes untuk meningkatkan kesedaran tentang persekitaran yang membolehkan penempatan teknologi LMO.
JBK selaku agensi tunggal yang mengawal selia aktiviti biteknologi moden di Malaysia telah diberikan penghormatan untuk bersama menganjurkan program ini. Timbalan Pesuruhjaya Tinggi (BHC) Tuan David Wallace telah memberikan kata-kata aluan dan YBrs Dr. Lornie Enggong, Ketua Pengarah Biokeselamatan telah merasmikan forum ini yang turut dihadiri oleh ahli GMAC, IBC dan agensi Kerajaan.