Majlis Jasamu Dikenang Raikan YBrs. Dr. Norwati Binti Adnan
15 April 2025 PUTRAJAYA








Jabatan Biokeselamatan (JBK) telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang meraikan YBrs. Dr. Norwati binti Adnan yang telah bersara pilihan mulai 1 April 2025.
Majlis yang dirasmikan oleh YBrs. Tuan Lornie Enggong, Ketua Pengarah Biokeselamatan turut menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada YBrs. Dr. Norwati binti Adnan bukan sahaja untuk menghargai jasa bakti yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan YBrs. Dr., tetapi turut menjadi titik pertemuan indah yang menghimpunkan semua warga kerja JBK.
Berdayung sampan ke Semenanjung,
Hendak membeli tikarlah rotan,
Budi dikenang bakti disanjung,
Kekal subur dalam ingatan.
TERIMA KASIH DAN SELAMAT BERSARA YBRS. DR. NORWATI BINTI ADNAN.