Kursus Etiket Pakaian Dan Keterampilan Diri Penjawat Awam
22 Oktober 2025 PUTRAJAYA




Unit Integriti, JBK telah menganjurkan Kursus Etiket Pakaian dan Keterampilan Diri Penjawat Awam. Etiket berpakaian bukan sekadar soal fesyen, tetapi mencerminkan disiplin, profesionalisme dan maruah organisasi. Penampilan kemas membantu membina keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan awam.
Kursus ini dianjurkan bagi memantapkan imej dan keterampilan penjawat awam selaras dengan pekeliling berkuat kuasa. Turut hadir sebagai penceramah daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Puan Masni Afiza binti Mohamed.