Ceramah Integriti : Bijak Bajet, Hidup Tenang
24 Jun 2025 PUTRAJAYA




Unit Integriti Jabatan Biokeselamatan (JBK) telah mengadakan ceramah “Bijak Bajet, Hidup Tenang” Ceramah ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan perancangan kewangan yang beretika dan berintegriti dalam kalangan warga jabatan. Para peserta telah didedahkan kepada ilmu dan strategi pengurusan kewangan yang stabil, efisien dan berkesan bagi membina tabiat kewangan yang lebih baik.
Warga JBK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Oon Siew Fen dan Puan Nur Hidayah Akmal Binti Ramli atas perkongsian ilmu dan pengalaman yang sangat bermanfaat. Semoga segala input yang diterima dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian demi kesejahteraan bersama