SEMINAR JAWATANKUASA KEINSTITUSIAN BIOKESELAMATAN (IBC) 2026
10 Ogos 2026 Shah Alam


Shah Alam, Selangor 10 Ogos 2026 – Jabatan Biokeselamatan (JBK) telah menganjurkan Seminar Jawatankuasa Keinstitusian Biokeselamatan (IBC) Kebangsaan 2026 bertemakan “Biokeselamatan 360°: Menyahkod Pematuhan, Memperkasa Operasi” yang bertempat di Hotel DoubleTree by Hilton Shah Alam, I-City. Objektif bengkel ini adalah: Menjelaskan interpretasi dan aplikasi keperluan pematuhan biokeselamatan dalam pelaksanaan penyelidikan dan aktiviti yang melibatkan Organisma Diubahsuai Secara Genetik; Meningkatkan keupayaan peserta dalam mengenal pasti, menilai dan mengurus aspek pematuhan serta risiko biokeselamatan bagi menyokong operasi yang selamat; dan Memperkukuh jaringan Kerjasama serta perkongsian amalan terbaik antara IBC. Seramai 27 peserta daripada agensi kerajaan, 41 peserta daripada syarikat persendirian dan 50 peserta daripada institusi pendidikan, menjadikan jumlah peserta yang hadir ke seminar ini adalah seramai 118 orang yang terdiri daripada 62 IBC.
Ketua Pengarah Biokeselamatan telah menyampaikan hala tuju nasional IBC tempoh 5 tahun melalui 5 Teras Strategik Utama:
Teras Pertama: Memperkukuh tadbir urus tatakelola
Teras Kedua: Meningkatkan kompetensi tenaga kerja
Teras Ketiga: Meningkatkan pemantauan kepatuhan
Teras Keempat: Memperkasa kolaborasi nasional
Teras Kelima: Membina budaya biokeselamatan yang mampan.
Program ini juga merangkumi pembentangan berhubung penerangan terma dan syarat bagi melaksanakan aktiviti penyelidikan kegunaan terkawal, proses kerja administratif yang diperkenalkan dan diingatkan, mengenalpasti aktiviti yang dikecualikan daripada Akta Biokeselamatan 2007, membangunkan manual biokeselamatan dan Proses Kerja Piawai, proses kerja dalam pergerakan LMO dari satu permis ke premis yang lain dan juga pematuhan pengkuatkuasaan. Program ini juga terdapat sesi dialog di mana wakil IBC Lembaga Getah Malaysia, wakil Institut Penyelidikan Perubatan dan wakil Universiti Putra Malaysia berkongsi pengalaman operasi IBC.
Untuk Maklumat Lanjut:
Facebook: DOBiosafetyMalaysia
Instagram: @biosafetymalaysia
TikTok: @biosafety.malaysia
X: @mybiosafety
Website: biosafety.gov.my
YouTube: Department of Biosafety Malaysia
Link:
FB: https://www.facebook.com/share/p/1HdCywzGtF/
IG: https://www.instagram.com/p/Db-MOgzFL0P/?igsh=MWlzd21hYnc1YjRkaw==