SESI LIBAT URUS CADANGAN AWAL PELAKSANAAN PENGISYTIHARAN SERTA TANGGUNGAN DAN GANTI RUGI (LR) ZON SELATAN TAHUN 2026
6 Ogos 2026 Melaka

|
Jabatan Biokeselamatan (JBK) telah mengadakan Sesi Libat Urus Cadangan Awal Pelaksanaan Pengisytiharan serta Tanggungan dan Ganti Rugi (LR) Zon Selatan Tahun 2026 pada 6-7 Ogos 2026 di Hotel Dusit Princess, Melaka bagi mendapatkan pandangan, maklum balas dan cadangan daripada agensi kerajaan, syarikat-syarikat bioteknologi, institusi penyelidikan, akademia serta pihak berkepentingan di negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor dalam memperhalusi mekanisme pelaksanaan LR yang praktikal, berkesan dan selaras dengan keperluan perundangan negara. Sesi libat urus ini telah dihadiri oleh wakil agensi kerajaan, syarikat bioteknologi, wakil industri serta pihak berkepentingan yang berkaitan dengan aktiviti biokeselamatan. Pandangan dan maklum balas yang dikemukakan oleh para pemegang taruh ini memainkan peranan penting kepada JBK dalam memperkukuh serta memperhalusi dasar, prosedur dan kaedah pelaksanaan Pengisytiharan serta Tanggungan dan Ganti Rugi (Liability and Redress – LR) agar lebih komprehensif, praktikal dan bersesuaian dengan keperluan negara. Untuk Maklumat Lanjut: Facebook: DOBiosafetyMalaysia Instagram: @biosafetymalaysia TikTok: @biosafety.malaysia X: @mybiosafety Website: biosafety.gov.my YouTube: Department of Biosafety Malaysia Link: FB: https://www.facebook.com/share/p/19LFBfxHHa/ IG: https://www.instagram.com/p/Db2c6E9lBih/?igsh=YWt1enpjeDZwcHpp |