PEMERIKSAAN AKHIR PROJEK KAMPUNG ANGKAT MADANI (KAM) 2025 DI RUMAH PANJANG NANGA GAYAU, BETONG, SARAWAK | 19 JUN 2026
19 Jun 2026 Sarawak

Pemeriksaan Akhir Projek Kampung Angkat MADANI (KAM) 2025 di Rumah Panjang Nanga Gayau, Betong, Sarawak telah diadakan pada 19 Jun 2026 bagi menilai tahap kesiapsiagaan dan pematuhan projek terhadap spesifikasi yang telah ditetapkan sebelum proses penyerahan dilaksanakan.
Pemeriksaan tersebut melibatkan kerjasama antara Jabatan Biokeselamatan (JBK) yang diketuai oleh Ketua Pengarah Biokeselamatan Dr. Lornie Enggong dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong serta disertai oleh pegawai-pegawai daripada kedua-dua agensi.
Projek ini melibatkan pembinaan sebuah dewan serbaguna dan blok tandas awam di bawah Program Kampung Angkat MADANI (KAM) 2025 yang bertujuan meningkatkan kemudahan serta keselesaan komuniti di Rumah Panjang Nanga Gayau. Kemudahan yang disediakan dijangka memberi manfaat kepada penduduk setempat sebagai pusat aktiviti komuniti, program kemasyarakatan dan pelbagai aktiviti pembangunan setempat.
Jabatan Biokeselamatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada JKR Bahagian Betong, kontraktor pelaksana serta semua pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam memastikan projek ini dapat disiapkan dengan jayanya demi kesejahteraan komuniti setempat.