MESYUARAT JAWATANKUASA PENASIHAT SOSIOEKONOMI (JPSE) BIL. 1 TAHUN 2026
6 Oktober 2026 Putrajaya




Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Sosioekonomi (JPSE) Bil. 1 Tahun 2026 dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen bin Shaikh Mohd Salleh, Pengarah Penyelidikan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), telah diadakan pada 6 Oktober 2026 (Selasa) bertempat di Putrajaya.
Mesyuarat pada kali ini membincangkan permohonan yang melibatkan organisma diubah suai yang hidup (Living Modified Organism – LMO) dari perspektif sosioekonomi yang merangkumi aspek agama, sosiologi, ekonomi, biodiversiti, kebudayaan, undang-undang dan kepenggunaan. Dalam hal ini, JPSE berperanan sebagai jawatankuasa penasihat kepada Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK) dengan memberikan pandangan dan nasihat berkaitan implikasi sosioekonomi bagi membantu LBK dalam mempertimbangkan permohonan dan membuat keputusan berhubung kelulusan yang dipohon.
Turut hadir ialah YBrs. Prof. Madya Dr. Elistina binti Abu Bakar, YBrs. Dr. Norzalina binti Zainudin, YBrs. Prof. Madya Dr. Zuroni binti Md Jusoh, YBrs. Prof. Madya Dr. Noor Asiah binti Sulaiman, YBrs. Dr. Noor Munirah binti Isa, YBrs. Dr. Shamsul Azahari bin Zainal Badari dan YBrs. Dr. Siti Hafsyah binti Idris, selaku anggota JPSE serta urus setia daripada Jabatan Biokeselamatan.
Untuk Maklumat Lanjut:
Facebook: DOBiosafetyMalaysia
Instagram: @biosafetymalaysia
TikTok: @biosafety.malaysia
X: @mybiosafety
Website: biosafety.gov.my
YouTube: Department of Biosafety Malaysia
Link:
FB: MESYUARAT JAWATANKUASA PENASIHAT SOSIOEKONOMI (JPSE) BIL. 1 TAHUN 2026
IG: MESYUARAT JAWATANKUASA PENASIHAT SOSIOEKONOMI (JPSE) BIL. 1 TAHUN 2026