MAJLIS SANJUNGAN BUDI PUAN TERRAROSIA JENNI ANAK TEDDY & CIK NUR SYAZA BINTI ZAKARIA
10 Jun 2026 Putrajaya

Jabatan Biokeselamatan telah mengadakan Majlis Sanjungan Budi pada 10 Jun 2026 di Bilik Mesyuarat Biosfera, Aras 4, Blok F11 bagi meraikan Puan Terrarosia Jenni Anak Teddy dan Cik Nur Syaza binti Zakaria yang akan meneruskan perkhidmatan di tempat baharu.
Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka di Jabatan Biokeselamatan, di samping memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan warga jabatan.
Seluruh warga Jabatan Biokeselamatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan selamat maju jaya dalam meneruskan kecemerlangan di tempat baharu.