KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PTBIO ASIA SDN. BHD.
24 Februari 2026 Putrajaya





Putrajaya, 24 Februari 2026
Jabatan Biokeselamatan (JBK) telah
menerima kunjungan hormat daripada Pengarah PTBIO Asia Sdn. Bhd., En. Ikram bin
Abdul Latif. Turut serta secara dalam talian ialah Encik Keisuke Okuhara, Ketua
Pegawai Eksekutif, PtBio Inc. (Jepun) serta Encik Takaaki Matsuki, Pengarah,
Overseas Division, PtBio Inc. (Jepun).
Matlamat utama kunjungan hormat ini adalah untuk berkongsi ringkasan perkembangan teknologi di Jepun dalam inovasi makanan menggunakan teknologi penyuntingan genom, di samping mendapatkan panduan mengenai laluan pematuhan serta proses yang perlu dipatuhi sekiranya produk berkaitan ingin dipasarkan di Malaysia.
Untuk Maklumat Lanjut:
Facebook: DOBiosafetyMalaysia
Instagram: @biosafetymalaysia
TikTok: @biosafety.malaysia
X: @mybiosafety
Website: biosafety.gov.my
YouTube: Department of Biosafety Malaysia