Simposium Biokeselamatan 2025
21 Ogos 2025 DOUBLETREE SHAH ALAM






Majlis Simposium Biokeselamatan 2025 hari ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii di Hotel DoubleTree by Hilton Shah Alam, Selangor.
Simposium ini diadakan bersempena Kepengerusian ASEAN 2025 Malaysia untuk memperkukuh kerjasama serta penguatkuasaan Akta Biokeselamatan 2007, khususnya dalam kawalan terhadap Organisma Yang Diubahsuai Secara Genetik (GMO). Ia juga menjadi platform perkongsian ilmu serta mengukuhkan prosedur kawal selia biokeselamatan di Malaysia.
Antara pengisian utama adalah pertukaran dokumen kerjasama strategik antara Jabatan Biokeselamatan (JBK) dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), pembentangan pakar serantau dan antarabangsa dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina dan United Kingdom serta sesi dialog bertajuk “With Great Technology Comes Great Responsibility: Genetically Modified Food from Farm to Plate”.
Turut hadir, Ketua Setiausaha NRES, Datuk Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Kelestarian Alam), Datuk Nor Yahati Awang, Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli), Puan Norsham Abdul Latip serta wakil pelbagai Jabatan dan Agensi di bawah NRES.