SESI LIBAT URUS PINDAAN AKTA BIOKESELAMATAN 2007 [AKTA 678] BERSERTA PERATURAN-PERATURAN BIOKESELAMATAN (PELABELAN ORGANISMA DIUBAH SUAI YANG HIDUP (LMO) DAN HASILAN ORGANISMA SEDEMIKIAN)
19 Februari 2025 LABUAN





Jabatan Biokeselamatan telah melaksanakan satu SESI LIBAT URUS PINDAAN AKTA BIOKESELAMATAN 2007 [AKTA 678] BERSERTA PERATURAN-PERATURAN BIOKESELAMATAN (PELABELAN ORGANISMA DIUBAH SUAI YANG HIDUP (LMO) DAN HASILAN ORGANISMA SEDEMIKIAN) yang melibatkan interaksi bersama pemegang taruh yang terlibat dengan aktiviti pelepasan organisma diubah suai yang hidup dan hasilan organisma sedemikian di Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak.
Sesi libat urus ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan ulasan daripada pihak agensi di negeri-negeri tersebut terhadap cadangan pindaan Akta Biokeselamatan 2007 [Akta 678] & pembangunan Peraturan-Peraturan Biokeselamatan (Pelabelan LMO dan Hasilan Organisma Sedemikian). Input-yang diperoleh daripada pemegang taruh daripada sesi tersebut akan diambil kira dalam menambah baik draf pindaan Akta Biokeselamatan 2007 [Akta 678] selain memastikan peruntukan di dalam akta adalah selari dengan pembangunan bioteknologi moden di Malaysia serta memenuhi Artikel 27 dalam Protokol Cartagena.a.