Bengkel Penyedian Pelan Strategik Jabatan Biokeselamatan (JBK) 2026-2030 Siri 2
19 April 2025 kelantan





Jabatan Biokeselamatan (JBK) telah mengadakan Bengkel Penyediaan Pelan Strategik JBK 2026-2030 Siri 2 di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan.
Bengkel ini bertujuan untuk mengenal pasti dan membangunkan Pelan Strategik Jabatan Biokeselamatan bagi tahun 2026 hingga 2030. Melalui bengkel ini para peserta telah membangunkan Teras Strategik, Strategi, dan Program-program yang akan dilaksanakan bagi tahun 2026 hingga 2030. Bengkel ini telah disampaikan oleh YBrs. Encik Lornie Enggong, Ketua Pengarah Biokeselamatan kepada warga JBK.
Bengkel Siri 3 akan menumpukan kepada pemurnian dokumentasi Pelan Strategik agar lebih komprehensif dan holistik.