Kunjungan Hormat Wakil U.S Department of Agriculture (USDA) Kepada Pejabat Ketua Pengarah Biokeselamtaan
15 Mei 2025 PUTRAJAYA




Pejabat Ketua Pengarah Biokeselamatan, Jabatan Biokeselamatan (JBK), telah menerima kunjungan hormat daripada wakil U.S. Department of Agriculture (USDA).
Kunjungan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkaitan APEC High-Level Policy Dialogue on Agricultural Biotechnology (HLPDAB) yang bakal berlangsung di Korea Selatan pada 4-10 Ogos 2025, serta meneroka peluang kerjasama dua hala dalam bidang bioteknologi pertanian.
Perbincangan juga menyentuh keutamaan JBK dalam memperkukuh aspek keselamatan bioteknologi serta penglibatan aktif Malaysia dalam platform serantau seperti APEC.