PROGRAM TURUN PADANG DAN MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM KAMPUNG ANGKAT MADANI (KAM) DAN SEKOLAH ANGKAT MADANI (SAM) DI SARAWAK
23 Julai 2026 Sarawak


23 - 24 Julai 2026
Program Turun Padang bagi Program
Sekolah Angkat MADANI (SAM) dan Kampung Angkat MADANI (KAM) telah dimulakan
pada 23 Julai 2026 dengan lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Wak, Sarawak
yang diketuai oleh Ketua Pengarah Biokeselamatan, YBrs. Dr. Lornie Enggong,
bersama pegawai-pegawai Jabatan Biokeselamatan (JBK). Lawatan tersebut
bertujuan meninjau perkembangan pelaksanaan Program Sekolah Angkat MADANI (SAM)
melalui lawatan sekitar kawasan sekolah serta melihat sendiri keperluan dan
kemudahan yang disediakan.
Seterusnya, delegasi meneruskan lawatan ke Kg. Nyalak Ladong bagi meninjau kawasan yang terlibat di bawah Program Kampung Angkat MADANI (KAM). Lawatan ini melibatkan sesi lawatan tapak, interaksi bersama komuniti setempat serta sesi perkongsian pandangan mengenai pelaksanaan program bagi memastikan setiap inisiatif yang dirancang dapat memenuhi keperluan penduduk dan memberi impak yang berkesan kepada komuniti.
Pada 24 Julai 2026, Mesyuarat Penyelarasan Program
Sekolah Angkat MADANI (SAM) telah diadakan di SMK Julau 2, Sarawak bersama
pihak JPN Sarawak, PPD Sarawak, SK Nanga Wak serta PIBG. Mesyuarat ini memberi
tumpuan kepada pembentangan status pelaksanaan projek oleh pihak sekolah
diikuti sesi perbincangan serta soal jawab bagi menyelaras tindakan susulan dan
memastikan pelaksanaan program berjalan mengikut perancangan yang telah
ditetapkan.
Program selama dua hari ini mencerminkan komitmen Jabatan Biokeselamatan dalam memperkukuh pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI (KAM) dan Sekolah Angkat MADANI (SAM) melalui pemantauan berterusan, kerjasama strategik bersama pihak berkepentingan serta penglibatan aktif komuniti setempat. Jabatan Biokeselamatan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini demi kesejahteraan komuniti dan pembangunan pendidikan di Sarawak.
Untuk Maklumat Lanjut:
Facebook: DOBiosafetyMalaysia
Instagram: @biosafetymalaysia
TikTok: @biosafety.malaysia
X: @mybiosafety
Website: biosafety.gov.my
YouTube: Department of Biosafety Malaysia
Link:
FB: https://www.facebook.com/share/p/1J3r4bkm6F/
IG: https://www.instagram.com/p/DbKyzLDlBml/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=NTc4MTIwNjQ2YQ==