MESYUARAT PENUTUP BAGI PROJEK MENINGKATKAN KAPASITI INSTITUSI DALAM AMALAN DANA GLOBAL ENVIRONMENT FACILITY PUSING KEENAM (GEF-6) DI JABATAN BIOKESELAMATAN
11 Ogos 2026 Putrajaya


Jabatan Biokeselamatan (JBK) telah menghadiri Mesyuarat Penutup bagi Pengauditan Projek Meningkatkan Kapasiti Institusi dalam Amalan Biokeselamatan di Malaysia melalui Dana Global Environment Facility Pusingan Keenam (GEF-6) yang telah diadakan pada 11 Ogos 2026 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat Biosfera, Jabatan Biokeselamatan, Aras 4, Blok F11, Kompleks F, Putrajaya.
Mesyuarat penutup ini diadakan susulan pengauditan yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) terhadap Projek Meningkatkan Kapasiti Institusi dalam Amalan Biokeselamatan di Malaysia bagi tahun berakhir 31 Disember 2025.
Mesyuarat ini menjadi platform bagi pihak JAN untuk membentangkan hasil penemuan audit serta mendapatkan maklum balas dan pandangan daripada pihak JBK. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh wakil Jabatan Audit Negara yang diketuai oleh YBrs. Encik Shahril bin Yahya, Pengarah Audit Prestasi, serta wakil daripada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), iaitu Bahagian Pengurusan Alam Sekitar (BPAS), Bahagian Kewangan dan Perolehan (BKew), Bahagian Akaun (BA) dan Unit Audit Dalam (UAD).
Sesi perbincangan turut memberi peluang kepada pihak JBK untuk memberikan penjelasan dan memperincikan tindakan penambahbaikan bagi memastikan pelaksanaan projek serta pengurusan amalan biokeselamatan dilaksanakan secara cekap, telus dan berakauntabiliti. JBK merakamkan penghargaan kepada semua pihak atas kerjasama dan pandangan yang diberikan serta akan terus komited dalam memperkukuh tadbir urus dan amalan biokeselamatan di Malaysia.
Untuk Maklumat Lanjut:
Facebook: DOBiosafetyMalaysia
Instagram: @biosafetymalaysia
TikTok: @biosafety.malaysia
X: @mybiosafety
Website: biosafety.gov.my
YouTube: Department of Biosafety Malaysia
Link:
FB: https://www.facebook.com/share/p/1bFYK66Z2f/
IG: https://www.instagram.com/p/Db-QyablGIk/?igsh=MWN0czRzbjh0dHA0eg==