Mesyuarat jawatankuasa kecil di bawah GMAC (jkg-pengecualian) bil. 1/2025
29 September 2025 SEPANG



Jabatan Biokeselamatan (JBK) melalui Seksyen Penilaian dan Penyelidikan (SNP) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Di Bawah GMAC (JKG-Pengecualian) Bil. 1/2025.
Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan pengecualian aktiviti penyuntingan genom serta proses kerja implementasi pengecualian tersebut. Mesyuarat ini telah dipengerusi oleh YBrs. Dr. Norliza Tendot binti Abu Bakar.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh ahli kepada Jawatankuasa ini yang daripada pelbagai agensi Kerajaan dan universiti.