Biosafety Training Workshop (BTW) di CJ Bio Malaysia Sdn. Bhd. (CJ Bio), Kerteh, Terengganu
20 Januari 2026 KERTEH, TERENGGANU







Kerteh, Terengganu. 20 Januari 2026 –
Jabatan Biokeselamatan (JBK) melalui Seksyen Penilaian dan Penyelidikan (SNP) telah mengadakan Biosafety Training Workshop (BTW) di CJ Bio Malaysia Sdn. Bhd. (CJ Bio), Kerteh, Terengganu.
Pelaksanaan program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta pembangunan kapasiti para penyelidik serta pihak industri terhadap Akta Biokeselamatan 2007, Peraturan-peraturan Biokeselamatan dan Garis panduan Biokeselamatan yang terlibat dalam pengawalseliaan aktiviti LMO/ bioteknologi moden.
Objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli IBC CJ Bio berkaitan Jabatan Biokeselamatan (JBK)
dan Akta Biokeselamatan 2007 selain memberi pendedahan kepada ahli IBC serta individu di CJ Bio yang terlibat di dalam pengurusan Living Modified Organism (LMO) berkaitan pematuhan prosedur biokeselamatan.
Pada masa yang sama, bengkel seumpama ini dapat mengukuhkan peranan ahli IBC CJ Bio dalam memastikan Akta Biokeselamatan 2007 dipatuhi di peringkat Syarikat tersebut.
Bengkel ini telah disertai oleh Ahli Jawatankuasa IBC syarikat, kakitangan Syarikat yang terlibat dengan pengurusan LMO, pegawai JBK selaku urus setia dan penceramah dan anggota Jawatankuasa GMAC selaku penceramah jemputan.