MESYUARAT JAWATANKUASA AKAUN AMANAH BIL. 2/2026
4 November 2026 Putrajaya




Jabatan Biokeselamatan (JBK), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Amanah (JKAA) Bil. 2 Tahun 2026 bagi menyelaras pelaksanaan Projek Meningkatkan Kapasiti Institusi dalam Amalan Biokeselamatan di Malaysia (Institutional Capacity to Enhance Biosafety Practices in Malaysia) dibiayai melalui Global Environment Facility (GEF-6) dengan kerjasama United Nations Environment Programme (UNEP).
Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Wira Anis Rizana binti Mohd Zainudin, Ketua Setiausaha, NRES dan turut dihadiri oleh Datuk Nor Yahati binti Awang, Timbalan Ketua Setiausaha (Kelestarian Alam), NRES, Ketua Pengarah Biokeselamatan serta wakil-wakil daripada bahagian berkaitan di NRES.
Mesyuarat memberi tumpuan kepada pembentangan status pelaksanaan fizikal aktiviti, prestasi kewangan dan keberhasilan projek secara teratur, berakauntabiliti dan penuh integriti sebelum projek berakhir pada 31 Disember 2026.
Sepanjang pelaksanaan, projek GEF ini telah menyumbang kepada usaha memperkukuh kapasiti institusi dan sistem kawal selia biokeselamatan negara melalui pelbagai inisiatif, antaranya pelaksanaan simposium, kajian dan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan, pemantapan kerangka perundangan biokeselamatan, garis panduan, ?????? ???? serta program komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam (Communication, Education and Public Awareness – CEPA).
Hasil dan pengalaman yang diperoleh melalui pelaksanaan projek ini diharap dapat terus dimanfaatkan sebagai asas kepada pengukuhan tadbir urus, peningkatan kepakaran teknikal serta kesinambungan agenda biokeselamatan negara pada masa hadapan.
Untuk Maklumat Lanjut:
Facebook: DOBiosafetyMalaysia
Instagram: @biosafetymalaysia
TikTok: @biosafety.malaysia
X: @mybiosafety
Website: biosafety.gov.my
YouTube: Department of Biosafety Malaysia
Link: