PROGRAM TURUN PADANG KAMPUNG ANGKAT MADANI (KAM) DI KAMPUNG NYALAK LADONG, PAKAN, SARAWAK
8 Oktober 2026 Sarawak





Program Turun Padang bagi Program KAM telah diadakan di Kampung Nyalak Ladong, Pakan, Sarawak pada jam 10.00 pagi. Lawatan ini melibatkan sesi pertemuan bersama Tuai Rumah, Jawatankuasa Kampung dan penduduk setempat bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai perkembangan pelaksanaan Program KAM serta mengenal pasti keperluan dan isu yang perlu diberi perhatian bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program.
Delegasi turut mengadakan lawatan ke beberapa lokasi di Kampung Nyalak Ladong yang menerima peruntukan di bawah Program KAM bagi meninjau secara langsung kemajuan pelaksanaan projek serta memastikan peruntukan yang disalurkan dimanfaatkan mengikut perancangan dan keperluan penduduk kampung.
Lawatan ini turut diadakan sebagai sebahagian daripada persediaan menjelang Majlis Peluncuran Program KAM. Pemantauan secara langsung serta perbincangan bersama komuniti setempat membolehkan Jabatan Biokeselamatan (JBK) memperoleh gambaran terkini mengenai kemajuan pelaksanaan program, di samping menyelaras perkara berkaitan pelaksanaan projek dan persiapan majlis bagi memastikan kelancaran program tersebut.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan JBK dalam memastikan pelaksanaan Program KAM berjalan lancar, memenuhi keperluan komuniti setempat serta memberikan manfaat kepada penduduk Kampung Nyalak Ladong.
Untuk Maklumat Lanjut:
Facebook: DOBiosafetyMalaysia
Instagram: @biosafetymalaysia
TikTok: @biosafety.malaysia
X: @mybiosafety
Website: biosafety.gov.my
YouTube: Department of Biosafety Malaysia
Link: