MESYUARAT PENYELARASAN PELAKSANAAN PROGRAM KAMPUNG ANGKAT MADANI TAHUN 2025 BAGI RUMAH NANGA GAYAU, BETONG (BIL. 2/2025)
19 November 2025 SARAWAK









Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 bagi Rumah Nanga Gayau, Betong (Bil. 2/2025) telah diadakan di Ibu Pejabat JKR Sarawak pada 19 November 2025 (Rabu) yang dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya Sarawak, YBhg. Datu Adj. Prof. Ir. Ts. Gs. Br. PMr. Dr. Cassidy anak Morris.
Mesyuarat ini dihadiri oleh YBrs. Dr. Lornie Enggong, Ketua Pengarah Biokeselamatan, Jabatan Biokeselamatan, YBhg. Datu Richard anak Michael Abunawas, Residen Bahagian Betong, Jurutera Bahagian dan pegawai-pegawai daripada JKR Bahagian Betong, Pegawai Tadbir Menguasa Debak serta pegawai Jabatan Biokeselamatan.
Mesyuarat ini bertujuan membincangkan peruntukan kewangan dan status pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI Tahun 2025, termasuk isu-isu berbangkit serta cadangan tindakan susulan bagi memastikan pelaksanaan program berjalan dengan teratur dan berkesan.
Pihak Jabatan Biokeselamatan sentiasa komited dalam memberikan kerjasama dari segala aspek dalam memastikan projek ini dapat direalisasikan dengan cemerlang. Jabatan ini juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan perjalanan projek berjalan lancar.