Kunjungan Hormat Daripada Profesor Dr. Jim M. Dunwell, Chairman Of The Advisory Committee On Releases To The Environment (Acre) From Department For Environment, Food & Rural Affairs (Defra), United Kingdom
22 Ogos 2025 PUTRAJAYA



Jabatan Biokeselamatan (JBK) melalui Seksyen Penilaian dan Penyelidikan (SNP) telah menerima kunjungan hormat daripada Profesor Dr. Jim M. Dunwell. Beliau memegang peranan Chairman of the Advisory Committee on Releases to the Environment (ACRE) dari Department For Environment, Food & Rural Affairs (Defra), United Kingdom.
Kunjungan hormat ini adalah program susulan daripada penganjuran Simposium Biokeselamatan 2025 oleh Jabatan Biokeselamatan (JBK) pada 21 Ogos 2025 di mana Prof. Dr. Dunwell telah hadir sebagai pembentang jemputan yang dibiayai oleh British High Commission. Matlamat utama kunjungan hormat ini adalah untuk berkongsi pengalaman serta mendapatkan perbandingan pengawalseliaan serta penilaian risiko organisma hidup diubahsuai (GMO) yang dilaksanakan di United Kingdom dan di Malaysia.
Perbincangan ini turut melibatkan wakil daripada agensi kerajaan yang terdiri daripada pakar dalam bidang kejuruteraan genetik tumbuhan.