MAJLIS PELUNCURAN KAMPUNG ANGKAT MADANI , JABATAN BIOKESELAMATAN, NRES
15 November 2026 Sarawak










Rumah Kanyan Nyalak Ladong, Pakan, Julau telah dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI (KAM) Tahun 2026 dengan kerjasama Jabatan Biokeselamatan (JBK), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).
Rumah panjang ini menerima peruntukan sebanyak RM500,000.00 bagi melaksanakan pelbagai kerja penambahbaikan, termasuk baik pulih Rumah Nyalak Ladong dan Rumah Biro Wanita, pembinaan tembok jalan mandi dan tandas awam, pembaikan jalan kampung serta menaik taraf pintu gerbang rumah panjang. Kerja-kerja penambahbaikan ini dilaksanakan secara gotong-royong dengan penglibatan dan kerjasama komuniti setempat.
Program Kampung Angkat MADANI ini bermatlamat untuk merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dengan luar bandar melalui penyediaan kemudahan asas, pengukuhan infrastruktur setempat serta peningkatan kualiti hidup masyarakat di pedalaman Sarawak.
Majlis peluncuran telah disempurnakan oleh YB Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien, Ahli Parlimen Julau P209. Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Lornie Enggong, Ketua Pengarah, JBK dan Tuai Rumah Kanyan anak Pantiong, Tuai Rumah Kanyan, Nyalak Ladong, Pakan. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan JBK dalam menyokong pembangunan komuniti luar bandar, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Untuk Maklumat Lanjut:
Facebook: DOBiosafetyMalaysia
Instagram: @biosafetymalaysia
TikTok: @biosafety.malaysia
X: @mybiosafety
Website: biosafety.gov.my
YouTube: Department of Biosafety Malaysia
Link:
FB: MAJLIS PELUNCURAN KAMPUNG ANGKAT MADANI , JABATAN BIOKESELAMATAN, NRES
IG: MAJLIS PELUNCURAN KAMPUNG ANGKAT MADANI , JABATAN BIOKESELAMATAN, NRES