BENGKEL PEMERKASAAN KOMUNIKASI BIOKESELAMATAN | 18 Jun 2026
18 Jun 2026 Shah Alam

Jabatan Biokeselamatan (JBK) telah menganjurkan Bengkel Pemerkasaan Komunikasi Biokeselamatan 2026 yang melibatkan pegawai Pengurusan dan Profesional (P&P) JBK, wakil dari Kementerian dan wakil dari Jawatankuasa Penasihat Pengubahsuaian Genetik (GMAC) bertempat di Hotel Hilton, Glenmarie, Shah Alam, Selangor pada 18 hingga 19 Jun 2026 (Khamis hingga Jumaat). Warga Jabatan Biokeselamatan telah mengambil peluang ini untuk memperkukuh pengetahuan mengenai komunikasi strategik, selain menjalani latihan praktikal berkaitan teknik penyampaian yang berkesan di pelbagai platform media, khususnya media televisyen. Para peserta juga berpeluang menyuarakan pendapat dan berkongsi pandangan sepanjang bengkel berlangsung.
Bengkel yang berjalan sepanjang dua (2) hari ini dikendalikan oleh Encik Kamarul Bahrin Haron, seorang tokoh penyiaran veteran yang pernah bertugas sebagai Ketua Pengarah Astro AWANI. Turut hadir dalam bengkel ini ialah Encik Hadi Fazli bin Rusli dan Puan Mahfuzah binti Muhamad selaku wakil dari Unit Komunikasi Korporat, serta dua (2) ahli Jawatankuasa Penasihat Pengubahsuaian Genetik (GMAC) iaitu YBrs. Dr. Rahizan binti Issa dan YBrs. Dr. Norliza Tendot Abu Bakar.
JBK akan terus komited dalam memastikan kemajuan teknologi dilaksanakan secara selamat dan bertanggungjawab serta penyampaian mengenai perkara- perkara berkaitan biokeselamatan disampaikan dengan tepat.