Sesi libat urus cadangan pindaan Akta Biokeselamatan 2007 [Akta 678] berserta peraturan-peraturan biokeselamatan (pelabelan organisma diubah suai yang hidup (LMO) dan hasilan organisma sedemikian di zon utara
3 Oktober 2025 Hotel The Light, Seberang Jaya, Pulau Pinang


Seksyen Penguatkuasaan dan Pemantauan (SPP), Jabatan Biokeselamatan (JBK) telah menganjurkan Sesi Libat Urus (SLU) Cadangan Pindaan Akta Biokeselamatan 2007 [Akta 678] dan Peraturan-Peraturan Biokeselamatan (Pelabelan Organisma Diubah Suai Yang Hidup (LMO) dan Hasilan Organisma Sedemikian) bersama agensi kerajaan dan pemain industri Zon Utara yang merangkumi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Sesi ini diadakan pada 3 Oktober 2025 di Hotel The Light, Pulau Pinang.
Setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Ketua Pengarah Biokeselamatan atas perasmian SLU ini. Bengkel ini bertujuan mendapatkan pandangan dan ulasan daripada agensi serta industri terhadap cadangan pindaan Akta dan Peraturan berkaitan bagi memastikan dasar biokeselamatan kekal relevan dengan perkembangan bioteknologi semasa dan keperluan industri. Seramai 20 wakil agensi dan industri telah menghadiri sesi ini, termasuk Dr. Salahudin bin Dato’ Hidayat Shariff dan Cik Camellia Roseriana binti Amu daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang NRES.