Pempamer Sempena Program Pameran Seni Esg (Alam Sekitar, Sosial Dan Tadbir Urus)
28 April 2025 KL SENTRAL








Jabatan Biokeselamatan (JBK) telah dijemput untuk membuka reruai bersempena Pameran Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) bertempat di Balai Ketibaan, ERL Ekspress KL Sentral. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu ESG melalui karya seni, menampilkan gabungan antara seni dan amalan lestari.
Selaras dengan penganjuran program tersebut, JBK juga membuat aktiviti Komunikasi , Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) di reruai pameran yang memberi fokus kepada perkhidmatan jabatan. Reruai JBK telah berlangsung selama 4 hari bermula 23 – 26 April 2005