PROGRAM TURUN PADANG SEKOLAH ANGKAT MADANI (SAM), SK NANGA WAK, JULAU, SARAWAK
8 Oktober 2026 Sarawak




Program Turun Padang bagi Program SAM telah diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Wak, Julau, Sarawak pada jam 2.00 petang. Lawatan tersebut diketuai oleh Ketua Pengarah Biokeselamatan dan turut disertai oleh Timbalan Pengarah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Julau, wakil PPD Julau, pihak pentadbir sekolah, guru-guru yang terlibat dalam pelaksanaan Program SAM serta Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Antara perkara yang dibincangkan termasuk perkembangan kewangan dan fizikal Program SAM, khususnya berkaitan penggunaan peruntukan serta kemajuan pelaksanaan projek. Perbincangan turut menyentuh persediaan dan penyelarasan tentatif Majlis Peluncuran Program SAM bersama pihak sekolah dan PPD.
Lawatan turut diadakan ke beberapa lokasi di kawasan sekolah yang menerima peruntukan SAM bagi meninjau kemajuan pelaksanaan projek serta mengenal pasti keperluan semasa pihak sekolah bagi memastikan pelaksanaan program berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Lawatan ini mencerminkan komitmen JBK dalam memperkukuh kerjasama bersama pihak sekolah dan PPD bagi memastikan pelaksanaan Program SAM berjalan lancar serta mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Untuk Maklumat Lanjut:
Facebook: DOBiosafetyMalaysia
Instagram: @biosafetymalaysia
TikTok: @biosafety.malaysia
X: @mybiosafety
Website: biosafety.gov.my
YouTube: Department of Biosafety Malaysia
Link:
FB: PROGRAM TURUN PADANG SEKOLAH ANGKAT MADANI (SAM) DI SK NANGA WAK, JULAU, SARAWAK
IG: PROGRAM TURUN PADANG SEKOLAH ANGKAT MADANI (SAM) DI SK NANGA WAK, JULAU, SARAWAK