Kunjungan Hormat Dr. Vibha Ahuja dari Biotech Consortium India Limited Kepada Pejabat Ketua Pengarah Biokeselamatan
7 Julai 2025 PUTRAJAYA



Jabatan Biokeselamatan Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada Dr. Vibha bagi membincangkan isu-isu berkaitan biokeselamatan. Pertemuan ini diadakan sebagai platform untuk bertukar pandangan dan maklumat mengenai pelbagai aspek biokeselamatan yang menjadi kepentingan bersama.
Perbincangan yang berlangsung turut memberi tumpuan kepada peluang kerjasama teknikal serta penambahbaikan dalam tadbir urus biokeselamatan di peringkat nasional. Pertemuan ini juga membuka ruang untuk penerokaan inisiatif strategik yang selari dengan keperluan semasa dan dasar negara.