Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Amanah (JKAA) Bil.2/2025
1 Disember 2025 SEPANG



Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Amanah (JKAA) Bil.2/2025 telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Nor Yahati binti Awang, Timbalan Ketua Setiausaha (Kelestarian Alam) Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bertempat di Sama-sama Hotel, Sepang, Selangor.
Mesyuarat ini bertujuan untuk memaklumkan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2025 dan pembentangan cadangan aktiviti serta perbelanjaan bagi tahun 2026.
Turut hadir ialah YBrs. Dr. Lornie Enggong (Ketua Pengarah Biokeselamatan) merangkap Setiausaha Mesyuarat. Mesyuarat ini juga telah dihadiri oleh ahli Jawatankuasa iaitu Tuan Haji Mohd Azman bin Haji Mohd Ariffin, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan); Encik Mohd Razif bin Mahmood, Setiausaha Bahagian (Bahagian Kewangan dan Perolehan), Puan Hatimah binti Hamid, Ketua Akauntan dan Puan Noor Fairuz binti Shamsudin, Ketua Penolong Setiausaha (Unit Dasar Keselamatan), Bahagian Pengurusan Alam Sekitar serta urus setia JBK.