SESI TAKLIMAT KEPADA IBC BERKAITAN AKTIVITI KEGUNAAN TERKAWAL TUMBUHAN (PENYUNTINGAN GENOM)
26 Februari 2026 Putrajaya






W.P.Putrajaya, 26 Februari 2026 –Jabatan Biokeselamatan (JBK) telah mengadakan satu Sesi Taklimat bersama wakil IBC berhubung aktiviti penyuntingan genom. Seperti yang sedia maklum, bagi aktiviti kegunaan terkawal berkaitan tumbuhan yang melibatkan penyuntingan genom SDN 1 dan SDN2 kurang daripada 20bp dikecualikan daripada Akta Biokeselamatan 2007 dan perkara ini telah dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Biokeselamatan pada Seminar Jawatankuasa Keinstitusian Biokeselamatan Kebangsaan 2025.
Sesi taklimat diadakan secara dalam talian bertujuan untuk menjelaskan tentang proses kerja, borang serta maklumat yang diperlukan oleh IBC bagi memantau aktiviti kegunaan terkawal berkaitan tumbuhan yang melibatkan penyuntingan genom dan dikecualikan daripada Akta Biokeselamatan 2007 di peringkat institusi.
Untuk Maklumat Lanjut:
Facebook: DOBiosafetyMalaysia
Instagram: @biosafetymalaysia
TikTok: @biosafety.malaysia
X: @mybiosafety
Website: biosafety.gov.my
YouTube: Department of Biosafety Malaysia