KSU NRES TURUN PADANG, PERKUKUH AGENDA BIOKESELAMATAN NEGARA
1 Julai 2026 Putrajaya


Kepimpinan yang turun padang membolehkan penyampaian dasar dan pelaksanaan agenda kementerian diperkukuh melalui komunikasi dua hala yang lebih dekat dengan warga jabatan. Pendekatan ini penting bagi memastikan setiap cabaran, keperluan dan cadangan di peringkat pelaksana dapat dikenal pasti serta ditangani secara berkesan.
Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), YBhg. Datuk Wira Anis Rizana Mohd Zainudin telah membuat Lawatan Turun Padang ke Jabatan Biokeselamatan sebagai platform memperkukuh tatakelola pentadbiran, meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan serta meninjau pelaksanaan fungsi dan peranan jabatan dalam memastikan aspek biokeselamatan negara terus diperkasa.
Lawatan ini turut menjadi medan perkongsian pandangan antara pengurusan tertinggi kementerian dan warga Jabatan Biokeselamatan bagi memperkukuh kerjasama, memperkemas pelaksanaan inisiatif serta memastikan setiap usaha yang dilaksanakan selari dengan aspirasi NRES dalam memelihara sumber asli dan kelestarian alam.
Melalui penglibatan secara langsung bersama warga jabatan, komitmen untuk memperkasakan tadbir urus, meningkatkan kecemerlangan organisasi dan memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam dapat diterjemahkan dengan lebih berkesan demi kesejahteraan rakyat dan kelestarian negara.
Turut hadir ialah Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Tuan Hj. Mohd Azman Hj. Mohd Ariffin, Pejabat Penasihat Undang-Undang YBrs. Dr. Salahudin bin Dato’ Hidayat Shariff; SUB, Bahagian Pengurusan Alam Sekitar (BPAS), YBrs. Dr. Pubadi a/l Govindasamy; Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Puan Norazian Binti Kamaruddin.