PROGRAM LITERASI PSIKOLOGI: KENALI EMOSI, BINA KESERONOKAN BEKERJA
19 Oktober 2026 Putrajaya








Jabatan Biokeselamatan (JBK) telah menganjurkan Program Literasi Psikologi: Kenali Emosi, Bina Keseronokan Bekerja bagi meningkatkan kesedaran warga tentang kepentingan mengenali dan mengurus emosi serta menjaga kesejahteraan psikologi di tempat kerja. Program ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Biokeselamatan.
Menerusi perkongsian ilmu, refleksi dan aktiviti interaktif, peserta turut didedahkan kepada komunikasi berempati, sokongan sesama rakan sekerja serta amalan kecil yang dapat membina keseronokan bekerja. Keseronokan bekerja bukan sekadar bergembira, tetapi merangkumi rasa dihargai, hubungan yang positif, tugasan yang bermakna dan persekitaran kerja yang saling menyokong.
Program ini dikendalikan oleh Puan Oon Siew Fen, Pegawai Psikologi dan Cik Nur Hidayah Akmal binti Ramli, Penolong Pegawai Psikologi dari Unit Pengurusan Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).
Kesejahteraan psikologi dan keseronokan bekerja ialah tanggungjawab bersama.
Untuk Maklumat Lanjut:
Facebook: DOBiosafetyMalaysia
Instagram: @biosafetymalaysia
TikTok: @biosafety.malaysia
X: @mybiosafety
Website: biosafety.gov.my
YouTube: Department of Biosafety Malaysia
Link:
FB: PROGRAM LITERASI PSIKOLOGI: KENALI EMOSI, BINA KESERONOKAN BEKERJA
IG: PROGRAM LITERASI PSIKOLOGI: KENALI EMOSI, BINA KESERONOKAN BEKERJA