KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA DELEGASI UNIVERSITI TOYO, JEPUN
23 Oktober 2026 Putrajaya




Jabatan Biokeselamatan (JBK) telah menerima kunjungan hormat daripada Universiti Toyo, Jepun yang diketuai oleh Prof. Yutaka Tabei serta turut hadir wakil Kedutaan Jepun di Malaysia.
Kunjungan ini bertujuan untuk mengadakan perbincangan berkaitan Research on Food Safety Regulations khususnya mengenai kerangka kawal selia dan pendekatan penilaian keselamatan terhadap bioteknologi moden seperti self-cloning dan kejadian semula jadi (natural occurrence) dalam tumbuhan dan haiwan.
Perbincangan turut memberi tumpuan kepada status kawal selia bioteknologi dan produk organisma diubah suai yang hidup (LMO) di Malaysia termasuk asas saintifik, prinsip penilaian keselamatan serta rasional pengecualian daripada kawal selia LMO. Selain itu, aspek cabaran, pertimbangan dasar dan keperluan teknikal dalam menangani perkembangan bioteknologi turut dibincangkan.
Kunjungan ini turut menjadi platform perkongsian maklumat dan pengalaman antara JBK dengan pihak Universiti Toyo berhubung amalan dan pendekatan kawal selia keselamatan makanan di Malaysia dan Jepun. Seterusnya, memperkukuh pemahaman bersama berkaitan biokeselamatan.
Untuk Maklumat Lanjut:
Facebook: DOBiosafetyMalaysia
Instagram: @biosafetymalaysia
TikTok: @biosafety.malaysia
X: @mybiosafety
Website: biosafety.gov.my
YouTube: Department of Biosafety Malaysia
Link:
FB: KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA DELEGASI UNIVERSITI TOYO, JEPUN
IG: KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA DELEGASI UNIVERSITI TOYO, JEPUN