BENGKEL KOMUNIKASI RISIKO BIOKESELAMATAN 2026
11 Februari 2026
KLANG, SELANGOR
Klang, 11 - 12 Februari 2026
Jabatan Biokeselamatan (JBK) telah menganjurkan Bengkel Komunikasi Risiko Biokeselamatan 2026 yang melibatkan pegawai Pengurusan dan Profesional (P&P) JBK, wakil daripada Kementerian dan wakil daripada Jawatankuasa Penasihat Pengubahsuaian Genetik (GMAC) bertempat di Hotel Wyndham Acmar Klang, Selangor.
Warga Jabatan Biokeselamatan telah mengambil peluang untuk mendapatkan pengetahuan mengenai komunikasi risiko dan mendapatkan latihan berkaitan cara mengendali media sekiranya berlaku sesuatu risiko berkaitan biokeselamatan. Para peserta juga berpeluang menyuarakan pendapat dan berkongsi pengetahuan sepanjang bengkel berlangsung.
Bengkel yang berjalan sepanjang dua (2) hari ini dikendalikan oleh Encik Shafizan bin Johari, seorang strategis media yang kini bertugas sebagai Multiplatform News Innovation Lead Editor di Astro Awani.
Turut hadir dalam bengkel ini ialah YBrs. Dr. Lornie Enggong, Ketua Pengarah Biokeselamatan, Puan Noor Fairuz binti Shamsuddin, wakil daripada Bahagian Pengurusan Alam Sekitar, Encik Hadi Fazli bin Rusli, wakil daripada Unit Komunikasi Korporat dan tiga (3) ahli Jawatankuasa Penasihat Pengubahsuaian Genetik iaitu YBrs. Dr. Mohd Hefni bin Rusli, YBrs. Dr. Rahizan binti Issa dan YBrs. Prof. MAdya Dr. Sharifah Syed Hassan.
JBK akan terus komited dalam memastikan kemajuan bioteknologi dilaksanakan secara selamat dan bertanggungjawab serta pemyampaian mengenai perkara-perkara berkaitan biokeselamatan di Malaysia disampaikan dengan tepat.