KUNJUNGAN HORMAT JABATAN BIOKESELAMATAN (JBK), NRES KE JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN) SARAWAK BERHUBUNG SEKOLAH ANGKAT MADANI
21 November 2025 SARAWAK





Kunjungan hormat Jabatan Biokeselamatan (JBK), NRES ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak telah diadakan pada 21 November 2025 (Jumaat) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Kuching. Sesi kunjungan ini diketuai oleh YBrs. Dr. Lornie Enggong, Ketua Pengarah Biokeselamatan, bersama pegawai-pegawai Jabatan Biokeselamatan.
Kunjungan hormat ini dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Omar bin Mahli, Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak, Pegawai Pendidikan Daerah Betong serta Guru Besar SK Nanga Gayau, sebagai wakil sekolah yang terlibat dalam Program Sekolah Angkat MADANI.
Pertemuan ini bertujuan membincangkan Majlis Penyerahan Sekolah Angkat MADANI di SK Nanga Gayau, termasuk penyelarasan program, keperluan logistik, sokongan teknikal serta kerjasama strategik antara JBK, JPN Sarawak, PPD Betong dan pihak sekolah.
Melalui sesi ini, semua pihak telah bertukar pandangan serta berkongsi komitmen untuk memastikan pelaksanaan inisiatif Sekolah Angkat MADANI berjalan dengan lancar, tersusun dan memberi manfaat kepada warga sekolah.
Jabatan Biokeselamatan amat menghargai sokongan serta kerjasama erat daripada pihak JPN Sarawak, PPD Betong dan SK Nanga Gayau dalam usaha memperkukuh pendidikan dan kesedaran biokeselamatan di peringkat sekolah.