Program Karnival Alam Kita Peringkat Negeri Sabah Membakut
1 November 2025 SABAH





Jabatan Biokeselamatan (JBK) telah dijemput menyertai Program Karnival Alam Kita Peringkat Negeri Sabah. Program ini telah dijalankan di Dewan Kesenian Islam, Membakut, Sabah.
Objektif program ini adalah untuk
a) mempromosi dan meningkatkan kesedaran tentang amalan kelestarian;
b) Menyampaikan perkhidmatan Kementerian dan jabatan/agensi Kerajaan kepada rakyat; dan
c) Memperkukuhkan kolaborasi dengan pemegang taruh Kementerian.
Selaras dengan penganjuran program tersebut, JBK juga membuat aktiviti Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) di reruai pameran yang memberi fokus kepada perkhidmatan jabatan. Reruai JBK telah berlangsung selama 1 hari iaitu pada 1 November 2025.
JBK juga turut menyertai Program Kutip Sampah Sambil Beriadah (KUDAH) yang dijalankan pada 2 November 2025 di sekitar Pantai Gorongon Daerah Putatat , Sabah.