MAJLIS SANJUNGAN BUDI ENCIK LUQMAN & PUAN FARHANA
13 Mac 2026 Putrajaya








Pada 13 Mac 2026, Jabatan Biokeselamatan telah mengadakan Majlis Sanjungan Budi bagi meraikan Encik Luqman bin Mohd Tasrib dan Puan Farhana binti Fauzi sebagai tanda penghargaan atas sumbangan serta khidmat bakti mereka sepanjang tempoh perkhidmatan di jabatan ini.
Majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Biosfera, Aras 4, Blok F11 ini dihadiri oleh warga Jabatan Biokeselamatan yang turut bersama-sama memeriahkan majlis serta merakamkan kenangan sepanjang tempoh perkhidmatan kedua-dua pegawai yang diraikan.
Penganjuran majlis ini bukan sahaja menjadi platform untuk merakamkan ucapan penghargaan, malah mencerminkan semangat kebersamaan dan hubungan erat dalam kalangan warga Jabatan Biokeselamatan.
Semoga Encik Luqman dan Puan Farhana terus melakar kejayaan serta mencapai kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi pada masa hadapan.