BENGKEL PEMBANGUNAN KAPASITI ANGGOTA JAWATANKUASA PENASIHAT PENGUBAHSUAIAN GENETIK (GMAC) DALAM PENILAIAN RISIKO ORGANISMA DIUBAHSUAI SECARA GENETIK (LMO) 2026
2 September 2026 Pahang


|
Genting
Highlands, Pahang. 2 – 4 September 2026 –Jabatan Biokeselamatan (JBK) telah menganjurkan
Bengkel Pembangunan Kapasiti Anggota Jawatankuasa Penasihat Pengubahsuaian
Genetik (GMAC) dalam Penilaian Risiko LMO 2026. Bengkel ini merupakan satu
inisiatif JBK bagi memperkukuh pengetahuan, kefahaman dan kemahiran anggota GMAC
dalam melaksanakan penilaian risiko LMO secara sistematik dan berasaskan
prinsip biokeselamatan. Pembentang
bagi bengkel ini terdiri daripada Dr. Shai Joseph, Dr. Faiz Foong Abdullah,
dan Prof. Madya Eddie Chia. Bengkel ini memberi pendedahan mengenai pendekatan
penggunaan kecerdasan buatan oleh Food Standards Australia New Zealand
dengan ejen AI sebagai alat
untuk memudah cara penilaian, mengekstrak maklumat daripada dosier, dan juga
menjalankan penilaian risiko awal. Bengkel ini juga membincangkan hala tuju
pengawalseliaan penyuntingan genom dan implikasi pendekatan pengawalseliaan
serta potensi aplikasi dan perkembangan teknologi ini pada masa depan. Prinsip
dan kaedah penilaian risiko LMO, data
sokongan yang diperlukan untuk penilaian risiko produk LMO yang digunakan
sebagai makanan dan pemprosesan diperhalusi dengan membincangkan kaedah serta
opsyen data yang perlu digunakan Bengkel ini juga turut membincangkan
pengecualian aktiviti kegunaan terkawal di mana pengenalpastian boleh
dipermudahkan dengan penggunaan carta alir yang boleh mengemudi
pengenalpastian aktiviti pengecualian dan juga opsyen penggunaan borang
pra-penilaian kendiri. Bengkel ini juga membincangkan usaha membangunkan
Biology Document yang mempunyai peranan penting bagi penilaian pelepasan.
Pendekatan serta kandungan Latihan turut dibincangkan untuk program Biosafety
Training Workshop anjuran JBK dalam bengkel ini. Salah satu acara kemuncak bengkel ini ialah
sesi bersemuka dengan Ketua Pengarah Biokeselamatan, Dr. Lornie Enggong yang
menerusinya komunikasi terbuka telah diwujudkan bagi membincangkan isu-isu
berbangkit berkaitan GMAC dan JBK. Untuk Maklumat Lanjut: Facebook: DOBiosafetyMalaysia Instagram: @biosafetymalaysia TikTok: @biosafety.malaysia X: @mybiosafety Website: biosafety.gov.my YouTube: Department of Biosafety Malaysia Link: |