MAJLIS PELUNCURAN SEKOLAH ANGKAT MADANI , JABATAN BIOKESELAMATAN, NRES
13 November 2026 Sarawak











Sekolah Kebangsaan Nanga Wak, Julau telah dipilih sebagai Sekolah Angkat MADANI (SAM) Tahun 2026 dengan kerjasama Jabatan Biokeselamatan (JBK), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).
Sekolah ini menerima peruntukan sebanyak RM100,000.00 bagi menyokong keperluan dan pembangunan sekolah. Pelaksanaan program merangkumi penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan sekolah, bantuan kewangan, program pembangunan sahsiah serta pengukuhan kemahiran STEM.
Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta menyediakan peluang pendidikan yang lebih baik, khususnya kepada murid-murid di kawasan luar bandar.
Majlis peluncuran telah dirasmikan oleh YB Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien, Ahli Parlimen Julau dan turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Lornie Enggong, Ketua Pengarah, JBK. Keseluruhan inisiatif ini mencerminkan komitmen Jabatan Biokeselamatan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial dan menyokong pemerkasaan pendidikan di peringkat komuniti, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Untuk Maklumat Lanjut:
Facebook: DOBiosafetyMalaysia
Instagram: @biosafetymalaysia
TikTok: @biosafety.malaysia
X: @mybiosafety
Website: biosafety.gov.my
YouTube: Department of Biosafety Malaysia
Link:
FB: MAJLIS PELUNCURAN SEKOLAH ANGKAT MADANI , JABATAN BIOKESELAMATAN, NRES
IG: MAJLIS PELUNCURAN SEKOLAH ANGKAT MADANI , JABATAN BIOKESELAMATAN, NRES