BIOSAFETY TRAINING WORKSHOP - UNIVERSITI MALAYA
14 Oktober 2026 Kuala Lumpur




Kuala Lumpur 14 Oktober 2026 - Jabatan Biokeselamatan (JBK) dan wakil anggota Jawatankuasa Penasihat Pengubahsuaian Genetik telah menjadi tenaga pengajar bagi Biosafety Training Workshop (BTW) yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Keinstitusian Biokeselamatan Universiti Malaya (IBC UM) di Pusat Alumni Universiti Malaya. Bengkel ini meliputi pengenalan kepada Akta Biokeselamatan 2007, pengisian Borang E, tatacara mengendalikan pergerakan Organisma Diubahsuai Secara Geneik (Living Modified Organism/ LMO), serta penerangan bagi Pemantauan Pematuhan Terma dan Syarat Kelulusan Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan serta Prosedur Pemeriksaan Premis.
Pembentang bagi latihan terdiri daripada Dr. Anita Anthonysamy, Cik Nurul Almas Yusseini, Dr. Rahizan Issa dan Puan Kartini Mohd. Khair. Peserta bengkel ini terdiri daripada ahli IBC UM, penyelidik dan pensyarah serta pelajar daripada UM. Peserta telah mengambil peluang untuk mendapatkan penerangan lanjut daripada pembentang yang hadir serta aktif bertanya soalan sebagai rujukan bersama. Prof. Madya Dr. Jamilah Syafawati Yaacob, selaku Pengerusi IBC telah memberikan Kata-Kata Aluan bagi program ini dengan menekankan kepentingan mendapatkan kefahaman yang baik berhubung pematuhan kepada Akta Biokeselamatan 2007 dan juga ini akan memantapkan amalan biokeselamatan di Universiti Malaya.
Untuk Maklumat Lanjut:
Facebook: DOBiosafetyMalaysia
Instagram: @biosafetymalaysia
TikTok: @biosafety.malaysia
X: @mybiosafety
Website: biosafety.gov.my
YouTube: Department of Biosafety Malaysia
Link: