MESYUARAT LEMBAGA BIOKESELAMATAN KEBANGSAAN (LBK) BIL. 2 TAHUN 2026
16 Julai 2026 Putrajaya



Mesyuarat Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK) Bil. 2 Tahun 2026 dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Wira Anis Rizana binti Mohd. Zainudin, Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), telah diadakan pada 16 Julai 2026 bertempat di Putrajaya.
Mesyuarat pada kali ini membincangkan kertas-kertas pertimbangan berkaitan pelaksanaan Akta Biokeselamatan 2007 [Akta 678], berhubung permohonan yang melibatkan organisma diubah suai yang hidup (Living Modified Organism - LMO), dasar, pengawalseliaan dan penguatkuasaan biokeselamatan bagi memastikan keputusan yang dibuat adalah berasaskan penilaian saintifik dan selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Turut hadir ialah YBhg. Datuk Dr. Ahmad Parveez bin Hj. Ghulam Kadir (Anggota Pakar), YBrs. Ts. Mohamad Nazrul Fahmi bin Abdul Rahman daripada Jabatan Pertanian (Anggota Pakar), serta Anggota Tetap daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan YBrs. Dr. Lornie Enggong, Ketua Pengarah Biokeselamatan, Jabatan Biokeselamatan merangkap Setiausaha Lembaga. Turut hadir mesyuarat ini ialah YBrs. Dr. Rahizan Issa, Ahli Jawatankuasa Pengubahsuaian Genetik (GMAC), YBrs. Dr. Salahudin bin Dato' Hidayat Shariff (Penasihat Undang-Undang NRES), wakil Bahagian Pengurusan Alam Sekitar (BPAS), serta urus setia daripada Jabatan Biokeselamatan.
Untuk Maklumat Lanjut:
Facebook: DOBiosafetyMalaysia
Instagram: @biosafetymalaysia
TikTok: @biosafety.malaysia
X: @mybiosafety
Website: biosafety.gov.my
YouTube: Department of Biosafety Malaysia
LINK:
FB:https://www.facebook.com/share/p/1NnrFCjWLL/
IG:https://www.instagram.com/p/Da_-YxjlKcH/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==