BENGKEL PEMANTAPAN KAPASITI PEGAWAI PENGUAT KUASA JABATAN BIOKESELAMATAN
25 April 2026 Port Dickson






Bengkel Pemantapan Kapasiti Pegawai Penguat Kuasa JBK telah diadakan pada 25 hingga 27 April 2026 bertempat di Grand Lexis, Port Dickson. Bengkel ini bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran penguatkuasaan pegawai, khususnya dalam mengendalikan situasi di lapangan secara profesional serta menguruskan tekanan melalui teknik kawalan emosi yang berkesan. Pengisian program merangkumi sesi interaktif seperti "Baca Sikap & Mimik Muka" (Body Language Skills), teknik komunikasi tanpa konflik, serta modul pengukuhan imej dan aura keyakinan diri semasa bertugas.
Peserta bengkel juga turut berpeluang mengikuti sesi perkongsian pengalaman sebenar bersama Pegawai Kesihatan Persekitaran KKM mengenai cabaran dan amalan terbaik di lapangan. Melalui penganjuran bengkel ini, JBK komited dalam memastikan setiap pegawai dilengkapi dengan kemahiran praktikal dan ketahanan mental yang tinggi demi menambah baik aspek penguatkuasaan biokeselamatan negara.