Program Ceramah Integriti “Kesalahan Tuntutan Palsu : Implikasi Undang-Undang Dan Hukuman”
6 Mei 2025 PUTRAJAYA


Unit Integriti Jabatan Biokeselamatan (JBK) pada hari ini telah menganjurkan satu ceramah integriti bertajuk Kesalahan Tuntutan Palsu: Implikasi Undang-Undang dan Hukuman. Ceramah ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Tuan Mohd Rajib bin Adam, Ketua Penolong Penguasa Kanan, Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Antara pengisian penting dalam ceramah ini ialah penegasan bahawa tuntutan palsu bukan sahaja merupakan satu kesalahan jenayah, malah merupakan satu bentuk pengkhianatan terhadap amanah awam. Penjawat awam diseru agar sentiasa berpegang teguh kepada nilai integriti dan ketelusan dalam melaksanakan tugas.
Melalui ceramah ini, para peserta mendapat pemahaman yang lebih jelas bahawa tuntutan palsu adalah satu kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan serta Akta SPRM. Pendedahan kepada peruntukan undang-undang yang berkaitan juga membantu meningkatkan kesedaran peserta terhadap implikasi serius perbuatan tidak jujur.