5 FEBRUARI 2026
KOTA KINABALU, SABAH
Jabatan Biokeselamatan (JBK) melalui Seksyen Penilaian dan Penyelidikan (SNP) telah menganjurkan Seminar Biokeselamatan Borneo (Sabah) bertempat di Kota Kinabalu, Sabah dengan kehadiran peserta seramai 45 orang peserta. Para peserta terdiri daripada wakil agensi kerajaan, institusi penyelidikan, universiti, pihak industri serta pihak berkepentingan yang terlibat secara langsung dalam aktiviti bioteknologi moden.
Seminar ini bertujuan untuk memberi pendedahan maklumat mengenai peranan boteknologi, Jabatan Biokeselamatan, Akta Biokeselamatan 2007 [Akta 678] serta garis panduan nasional dan antarabangsa dalam pengurusan bioteknologi moden dan biokeselamatan. Seminar ini juga telah menyediakan platform kepada agensi kerajaan, penyelidik dan pihak industri di Sabah untuk berkongsi maklumat, kepakaran, meningkatkan kesedaran dan pengetahuan berhubung prinsip pengendalian, faedah serta risiko daripada penggunaan LMO, khususnya makanan daripada LMO serta amalan terbaik dalam pengendalian LMO di dalam makmal.
Sesi perkongsian ilmu pada kali ini melibatkan enam (7) orang penceramah iaitu tiga (3) orang wakil JBK, seorang wakil daripada Pusat Biodiversiti Sabah (SaBC) iaitu Tuan Rodney Jammy dan tiga (3) wakil daripada Jawatankuasa Penasihat Pengubahsuaian Genetik (GMAC) sebagai penceramah iaitu YBrs. Prof. Madya Dr. Yuwana Podin, YBrs. Dr. Kumitaa Thevaa Das dan YBrs. Dr. Norliza Tendot binti Abu Bakar.