
Tarikh 11 September 2023 menandakan ulang tahun ke-20 perjanjian Cartagena Protocol on Biosafety (CPB) berkuatkuasa. Malaysia telah meratifikasi CPB pada tahun 2003.
Satu webinar telah dianjurkan oleh Urus setia Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) untuk menyambut ulang tahun ke-20 ini yang telah disertai oleh negara Parti dan juga pemegang taruh yang lain.
Dato’ Haji Rosli Bin Isa (Ketua Setiausaha NRECC selaku Pengerusi Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan) telah berkongsi mesej ringkas dalam webinar ini dan menunjukkan penghargaan dan menekankan komitmen negara kepada CBD dalam usaha melindungi biodiversiti melalui pemindahan dan penggunaan yang selamat bagi organisma diubah suai yang hidup (LMO).
Rakaman webinar ini boleh dicapai menerusi Youtube Channel Convention on Biological Diversity