- Melaksanakan obligasi negara di bawah Cartagena Protocol on Biosafety to the Convention on Biological Diversity;
- Memastikan pelaksanaan pendekatan penilaian risiko yang ketat kepada organisma hidup yang diubah suai secara genetik (LMO) dan hasilan LMO yang akan mendatangkan atau berpotensi mendatangkan kesan buruk kepada manusia dan ekosistem;
- Memastikan kawal selia aktiviti melibatkan organisma hidup yang diubah suai secara genetik dan pelepasan hasilan organisma sedemikian agar tidak menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan negara; dan
- Meningkatkan kesedaran awam berhubung kepentingan biokeselamatan terhadap kesihatan manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan, alam sekitar dan kepelbagaian biologi.